Melawat Ayahanda Haji Ishak Surin

Setelah habis program pagi di Kampung Sungai Merali, saya singgah sebentar ke Kampung Bandar Dalam untuk menyertai rombongan melawat Cikgu Ishak Surin bersama Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan, bekas Datuk Bandar DBKL.

Cikgu Ishak Surin kelihatan lebih sihat dan berseri sekarang, berbanding dengan lawatan rasmi kami 2 bulan yang lepas. Beliau juga menghadiahkan biografi perjuangannya kepada Datuk Nor Hisham.

Turut disertai oleh pemimpin akar umbi daripada komuniti setempat dan kawan lama Hj Wan Mahathir. Ramai yang tidak tahu, bahawa Datuk Nor Hisham berasal dari Jalan Gombak.