Melawat Hj Ishak Surin bersama Presiden KEADILAN

Kesihatan Hj Ishak Surin bertambah baik, semenjak kami bertemu beliau 2 minggu yang lalu. Semalam, KEADILAN Wangsa Maju mengiringi Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ahli Parlimen Wangsa Maju, Datin Paduka Dr Tan Yee Kew untuk melawat Hj Ishak Surin di kediamannya di Kampung Banda Dalam.

Datuk Seri Anwar sempat berkongsi pengalaman lama ketika berpolitik era 80an dan mengenang memori lama bersama Cikgu Ishak. Pada masa yang sama, Hj Ishak Surin sempat memberikan buku biografi yang ditulis beliau kepada Datuk Seri Anwar.

Turut hadir dalam lawatan ini adalah Ketua Kawasan AMANAH Wangsa Maju, Datuk Sabtu Awab, ketua-ketua dari kampung sekitar dan ahli-ahli PADU & PEWARGA.