Melawat Hj Ishak Surin di HKL

Kami melawat Hj Ishak Surin di Hospital Besar Kuala Lumpur setelah mendapat berita beliau dimasukkan wad atas masalah kesihatan minor. Sembang sebentar dengan doktor- beliau kini semakin pulih dan boleh balik ke rumah tidak lama lagi.

Jiwa perjuangan beliau masih kental, walaupun telah berumur 80-an. Kami berharap beliau cepat sembuh dan tidak sabar melihat beliau di lapangan sekali lagi.