Melawat keluarga asnaf di Kampung Chubadak

Saya mendapat panggilan daripada Kak Mai berkenaan dengan sebuah keluarga asnaf di Kampung Chubadak.

Pn Suriyati mengalami penyakit sakit pinggang yang serius. Walaupun suaminya berpencen, kini tidak bekerja dan mempunyai anak-anak kecil lagi.

Pn Linda dari Pejabat Ahli Parlimen Wangsa Maju telah menghantar sumbangan kerusi roda, dan pada masa yang sama akan mengusahakan bantuan JKM & Baitumal untuk keluarga ini.

Semoga ia dapat menolong mengurangkan beban mereka ini.