Melawat Mangsa Kebakaran Blok A Taman Melati

Saya melawat keluarga Pn Norhayati semalam, apabila mendapat berita rumahnya di Blok A14 Taman Melati terbakar. Ia berlaku pada lewat petang semasa Pn Nor sedang memasak. Tidak diketahui punca kebakaran, tetapi keadaan rumah agak teruk.

Ustaz Ishak dari Baitulmal juga telah membawa sumbangan kecemasan untuk keluarganya. Buat masa sekarang, Pn Norhayati menetap sementara di dewan persatuan. Tiada sesiapa yang cedera dari insiden tersebut.