Melawat pengarah DBKL yang baru

Secara rasminya, kami membuat kunjungan hormat kepada Tn Zulkfili, pengarah baru yang dahulunya dikenali sebagai perumahan.

Ini bukan mesyuarat ahli jawatankuasa, hanya sesi santai untuk memahami hala tuju jabatan untuk 2024. Banyak perkongsian dengan mereka pegawa berkenaan dengan isu semasa, termasuk pelan pembangunan semula yang diwartakan untuk PSKL 2040.

Saya berpendapat, isu perumahan satu isu yang patut ditangani hampir segera. Di kawasan seperti Cheras dan Wangsa Maju misalnya, peningkatan penduduk secara mendadak menyebabkan ketidak seimbangan dalam indeks kesejahteraan warga kota.