Melawat rumah banjir di Kampung Puah

Bulan lepas, kami berkunjung ke beberapa rumah di Lot 20122 yang terkesan akibat banjir kilat bersama Sdr Khalid, pengerusi MPM Subzon 8.

Punca banjir dipercayai datang dari semak samun dan sisa-sia pokok yang tumbang dalam parit tanah (earth drain)

Kami telah menyusul ini dengan JKAWS agar mendapatkan kerja penggorekkan dan memindah keluar pokok mati dan menguruskan senak samun di sepanjang parit tanah dengan kadar segera.

Saya bersyukur kerja ini telah dijadualkan – agar gotong royong penduduk dapat berlangsung sebelum bulan puasa bermula.