Membela nasib penjaja

Awal Rabu berada di warung untuk menandatangi dokumen. Turut ambil kesempatan untuk erjumpa penduduk bersama Sdr Aidrus, AJK Cabang dan Sdr Suzairi.

Saya meneliti keluhan daripada para peniaga warung. Selain daripada kesanan ekonomi, mereka sering menghadapi masalah pihak berkuasa.

Ramai peniaga yang kurang jujur menyebabkan penguatkuasaan yang ketat oleh DBKL baru-baru ini. Saya menyokong KPI DBKL, meskipun tindakan mereka yang agresif mungkin menjejaskan keharmonian dengan pihak penjaja.

Tetapi saya percaya mereka peniaga berlesen seperti Warung Hj Mahmud di Jalan Meranti mempunyai kredibiliti yang baik. Mereka telah lama berniaga semenjak 1976 lagi. Sebelum 2005, mereka berada di tapak sebelah kilang pemprosesan getah Lee Rubber. Selain daripada roti canai, nasi lemak mereka pun cukup popular.

Sekiranya mereka ikhlas dan jujur, saya akan cuba membela nasib para penjaja. Aspirasi PMX untuk menjadikan warung (yang berlesen) sebagai tarikan selain daripada pencakar langit di Kuala Lumpur.