Memberi juadah puasa di Flat Danau Kota

Saya bersama rakan-rakan KEADILAN buat lawatan mengejut di pasar Ramadhan Flat Danau Kota. Ada soya dari Wan, Roti John dari Along, air balang dari Wan Nordin, briyani dari Jasman, pizza dari Ijam, kuih muih dari Kamaruldzaman, ada juga saya beli cendol dan tepung pelita.

Kami mengambil peluang ini untuk menyantuni rakan-rakan di bulan Ramadhan. Semoga tahun ini, dimurahkan rezeki kepada mereka yang berniaga.

Selamat berbuka puasa.

Leave a Reply