Meneliti keperluan penduduk Taman Koperasi Polis 1

Pihak persatuan penduduk Taman Koperasi Polis 1 telah berjumpa saya untuk beberapa isu yang mereka bangkitkan. Saya meneliti luahan mereka penduduk.

Mereka mencadangkan agar DBKL boleh mempertimbangkan untuk menambah kawasan parkir awam di Jalan 2/10. Selain daripada itu, mereka juga memohon supaya meninjau kembali longkang belakang rumah di setiap jalan dan juga masalah kenderaan besar yang sentiasa diletak di tepi jalan.

Pada tahun lepas, saya telah mengikhthiarkan naiktaraf parit di Jalan 16/10 – 18/10. Namun usaha masih tidak memadai apabila ada lagi gerai makan yang sering menyebabkan kebersihan persekitaran awam yang kurang memuaskan.

Saya telah usahakan lawatan tapak bersama jabatan DBKL JPB, JPPPH, JKME dan cawangan DBKL agar semua pihak dapat meninjau permohonan persatuan penduduk secara serius.