Menerangkan lagi Jalan Sampadi & Jalan Jerejak pada waktu malam

Jalan Sampadi & Jalan Jerejak di Taman Setapak agak gelap pada waktu malam. Banyak laporan kes pecah rumah terutamanya pada masa perayaan.

Beberapa hari lalu, pihak TNB telah datang untuk pemasangan lampu baru – tepat pada masanya sebelum ketibaan Hari Raya.