Meneruskan SRS Seksyen 1B

Setelah 3 tahun tergendala, KRT Seksyen 1B meneruskan SRS pada hari ini di bawah pengerusi yang baru Sdr Deli Azli Hamzah.

KRT disini tidak asing bagi saya. Saya dijemput untuk memberi kata-kata aluan, serta merasmikan penubuhan SRS yang baru. Bukan senang untuk mendapat kepercayaan masyarakat di sini.

Baru-baru ini, terdapat kerisauan dimana gejala sosial semakin menular, terutamanya yang melibatkan dadah di kawasan kepadatan tinggi. Saya berharap dengan adanya SRS, keselamatan masyarakat dapat dipertingkatkan lagi.

Sebagai motivasi kepada mereka, saya turut turun padang bersama dalam rondaan pertama.

Leave a Reply