Mengimbau kembali isu hakisan di kawasan Bukit Mas, Wangsa Maju

Mengimbau kembali isu hakisan di kawasan Bukit Mas, Wangsa Maju yang pejabat kami terima pada bulan Mac tahun lepas. Pihak DBKL telah mendapatkan konkraktor pada bulan Disember tahun lepas untuk kerja pembinaan semula benteng hakisan.

Sebelum ini, kesan kerak telah didapati di bangunan apartmen akibat hakisan air di sungai sebelah bangunan. Walaupun pada mulanya jurutera DBKL mengesahkan tidak akan menjejaskan struktur bangunan, namun kesan visual kerakan meresahkan penduduk.

Tempoh PKP kerja tidak teruskan. Saya berharap mereka boleh siapkan secepat mungkin.

(Bukit Mas walaupun terletak di sebelah Taman Melawati Selangor, ia adalah dibawah Parlimen Wangsa Maju)

wangsamaju
covid19 @ Bukit Mas Apartment