Meninjau isu Jalan Langkawi dan Jalan Kuraman

Saya menyeru supaya adakan satu libat urus DBKL bersama wakil komuniti dan MPP Wangsa Maju berkenaan dengan masalah penjaja dan lalu lintas di Jalan Langkawi dan Jalan Kuraman.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Tn Mohd Muzammer Jamaluddin, Pengarah JPK DBKL dengan Tn Fairuz, Pengurus Cawangan DBKL Wangsa Maju.

DBKL mengambil pendekatan untuk membuat penyusunan semula warung-warung di sepanjang jalan ini. Keadaan warung agak berselerak dan tidak teratur. Mungkin 20 tahun yang lalu keadaan di sini agak sunyi tetapi hari ini ia telah menjadi jalan utama untuk penduduk di Teratai Mewah dan Taman Setapak.

Penyusunan semula gerai harus bersyarat dengan saiz serta tahap kebersihan yang ditetapkan. Ia akan nampak lebih teratur dan sekaligus mengurangkan masalah parkir serta lalulintas trafik.

Saya percaya akan ada mesyuarat penyelarasan seterusnya dalam masa terdekat. Saya berharap perlaksanaan dapat dijalankan secepat mungkin.

Leave a Reply