Meninjau isu tangki PPR Gombak Setia

Kebelakangan ini, sering ada gangguan air di beberapa tingkat rumah di Blok 41 PPR Gombak Setia. Kami telah membuat lawatan tapak bersama jurutera awam DBKL Perumahan Tn Hadi dan Fahmi, bersama Hj Khair dari Persatuan Penduduk PPR Gombak Setia.

Menurut tinjauan DBKL, masalah mungkin berpunca daripada saliran tangki yang tersumbat, atau kerja-kerja penyelenggaraan paip AirSelangor yang telah melambatkan pengisian tangki air di Blok 41.

Bahagian kejuruteraan JPKKB akan memeriksa serta menjalankan ‘testing & commisioning’ serta ‘flushing’ ekoran kekerapan gangguan bekalan air di Blok 41 PPR Gombak Setia bagi menentuukur tahap aliran air pada setiap paip agihan di blok tersebut. Kerja-kerja dijangka akan dijalankn seawal-awal bulan April.

Lawatan ini, sebenarnya patut dibuat tahun lepas tetapi ditunda akibat PKPB. Saya memahami perasaan penduduk yang terjejas, setiap kali gangguan air berlaku.

Kami berharap, lawatan ini boleh mendapatkan hasil dalam masa seminggu dua ini. Akan saya buat susulan dengan pihak perumahan.