Meninjau keperluan naiktaraf Masjid Jamek Lama

Saya bersama Hj Ghaffar dan Hj Rosli di Masjid Jamek Lama di Kampung Padang Balang petang tadi untuk mengesahkan skop kerja naik taraf. Kami akan menjalankan siri penambahbaikan seperti di tempat wudhu dan memasang ‘awning’ baru untuk keselesaan para jemaah.

Masjid ini amat istimewa. Ia telah berusia lebih dari satu abad dan masih menyumbang kepada mereka yang menetap di sekitar. Ketua Kampung Hj Roshden sebelum menyusul cadangan untuk menambah baik masjid ini supaya lebih mesra pengguna.

Projek ini adalah daripada Ahli Parlimen Wangsa Maju sebagai tanda pengiktirifan sumbangan masjid selama ini.