Meninjau kerosakan Surau Al Ihsan Seksyen 2

Bersama Hj Mokhtar Surau Al Ihsan Seksyen 2 untuk lawatan tapak untuk kerja naik taraf surau. Antara masalah yang dikemukakan oleh jemaah surau adalah isu ‘wiring’ dan siling.

Sementara mendapat kelulusan ICU, saya percaya projek ini dimeterai dalam masa terdekat.

Surau Al Ihsan merupakan satu-satunya surau di dalam kawasan perumahan Seksyen 2 Bandar Baru Wangsa.