Meninjau rumah di Kampung Puah Jaya

Kami berkunjung ke Kampung Puah Jaya untuk meninjau keadaan rumah-rumah kampung bersama pengerusi Majlis Perwakilan Masyarakat Subzon 8, Sdr Khalid.

Ahli Parlimen Wangsa Maju, Datin Paduka Dr Tan Yee Kew telah menyumbang bahan-bahan pembinaan untuk rumah Abu Zarin yang telah usang.

Kami pernah datang melawat Abu pada bulan Hari Raya Puasa. Semoga keluarga mereka boleh mendapat rumah baru semasa Hari Raya Haji.