Menonton Anwar: The Untold Story bersama rakan BN dan PH

Giliran tengok wayang bersama rakan-rakan Kerajaan Perpaduan terpilih dari PH dan BN. Memang nostalgik untuk rakan-rakan yang hadier, UMNO terutamanya, atas adegan filem menyayat hati – peristiwa 1998 memisahkan dan kemudiannya menyatu padukan 24 tahun selepas itu.

Sambil berborak, masing-masing memberi pendapat positif terhadap filem ini. Meskipun tidak sependapat sebelum ini, kewibaaan Dato Seri Anwar Ibrahim memang diakui semua. Saya pernah bergurau dengan sahabat David Teo, sekiranya beliau berhasrat menerbitkan karya membabitkan Dato Seri Anwar Ibrahim, saya pasti boleh menawarkan diri untuk penampilan cameo.

Tahniah kepada semua yang hadir, dari pimpinan parti bahagian, cabang, cawangan, masjid, KRT, persatuan penduduk – semua rakan baik dari Wangsa Maju. Terima kasih juga atas pengelolaan Sdr Shaun dan Vijey dari KEADILAN Wangsa Maju.

Salam Malaysia Madani. Satu perpaduan yang memartabatkan agenda Reformasi.

  • Saya bukan Wong, saya LAI 😄