Menyantuni Komuniti India di Jalan Madrasah

Jelajah MADANI Deepavali Wangsa Maju sampai ke Jalan Madrasah hari ini. Kami membuat agihan sumbangan kepada komuniti berbangsa India di Sri Kedah dan PPR Gombak Setia, bertempat di dewan persatuan penduduk PPR Gombak Setia.

Muka ceria penduduk adalah satu ganjaran kepada mereka yang telah berusaha menolong hari ini. Hari ini, pelajar kolej juga turut datang membantu. Terima kasih kepada Sdr Kai Gi dan Joe, dari perwakilan pelajar TAR UMT.

Meskipun hujan, mereka tetap dengan program menyantuni komuniti – Hj Khair, Rosli, Juliet, Rao, Manoj, Pn Fadilah, Ezy dan Pn Kamisah yang tidak pernah berganjak dalam bab kebajikan.