Menyantuni masyarakat di PPR Gombak Setia di bulan Ramadhan

Kami menyediakan 250 set burger dan air untuk diagihkan kepada penduduk di PPR Gombak Setia. Cuaca begitu panas – oleh kerana ramai yang tidak berganjak dari rumah, kami menghantar terus ke pintu.

Bulan puasa memang memenatkan, tetapi apabila dalam bab menyantuni, pasukan KEADILAN Wangsa Maju tetap bersemangat. memberi keutamaan dalam program parti. Tidak perlu ke mana-mana, tanpa jenama parti tiadalah kami dalam KEADILAN hari ini.

Ada seorang penduduk Azim bertanya siapa pembekal burger yang sedap ini. ResipI yang sedap kepunyaan Sdr Kamarul, AJK AMK Wangsa Maju. Kedainya terletak di sebelah Surau As Sakinah PPR Gombak Setia dan dibuka hampir setiap hari.

Setiap kali pengagihan juadah, saya akan pastikan ia datang dari peniaga setempat. Ini adalah salah satu cara kami mengiktiraf usahawan muda. Dekatilah penduduk, kenalilah masyarakat, sebarkan intipati Malaysia Madani – inilah cara kami akan mendapat kepercayaan komuniti setempat..

Terima kasih kepada Hj Khair, Hassan dan Kamarul yang berusaha. Kami akan kembali ke PPR Gombak Setia pada hari Rabu nanti untuk pengedaran bubur lambuk. Kepada yang nak lihat Chef Lai kacau bubur, silalah datang ke PPR Gombak Setia nanti. Tegur nama saya, saya akan tambah ekstra.