Menyantuni TKP1 di ambang Tahun Baru

Pagi hari terakhir 2023, saya meluangkan masa dengan rakan-rakan di Persatuan Penduduk Taman Koperasi Polis 1. Agenda utama program hari ini adalah menyampai cenderahati kepada pengasas persatuan, Datuk Kamaruddin di kediamannya. Meskipun beliau telah berumur 80an tetapi nampak masih cergas dan lebih muda. Datuk Kamaruddin merupakan mantan Ketua Polis Negeri Selangor.

Pada masa yang sama, kami juga berbincang dengan hal ehwal komuniti setempat dan beberapa masalah infrastruktur berbangkit.

Hj Saringat pengerusi persatuan sekarang merupakan kenalan lama. Melihat mereka berdedikasi dalam kerja masyarakat pada ambang Tahun Baru, maka saya juga akan berusaha untuk menyelesaikan masalah mereka yang dibangkitkan.

Ramai yang merayau hari ini untu sambutan Tahun Baru. Namun jangan lupa wabak Covid dan Influenza masih lagi berleluasa. Sekiranya tidak sihat seperti saya, wajar banyak berehat hari ini dan besok.