Lawatan Kampung Setia Jaya di ambang Aidilfitri

Sehari sebelum Syawal, Datin Paduka Dr Tan Yee Kew, Ahli Parlimen Wangsa Maju berkunjung ke Kampung Setia Jaya.

Kami hadir memberi sumbangan makanan Aidilfitri kepada penduduk kampung bersama Tn Mahadir, Ketua Kampung Setia Jaya dan para veteran-veteran tentera.

Amat gembira melihat kemeriahan persediaan Hari Raya Puasa penduduk kampung. Terima kasih kepada V-Agromart atas sumbangan buah petik, pisang dan sayur-sayuran.