Menziarahi keluarga di Jalan Puah Jaya, belakang Masjid Jamiul Ehsan

Kami menziarahi beberapa keluarga di Jalan Puah Jaya, di belakang Masjid Jamiul Ehsan, Jalan Genting Kelang.

Kebanyakkan masih lagi menyewa bilik di kedai yang usang. Datin Paduka Dr Tan Yee Kew berkunjung ke rumah mereka dengan sumbangan makanan dapur.

Kawasan ini terletak di atas sempadan dua kawasan Parlimen. Dengan kehadiran Sdr Nad daripada Parlimen Setiawangsa, saya berharap kami dapat mendapatkan bantuan JKM & Baitulmal untuk keluarga-keluarga ini.