Merasmikan Mesyuarat Sulung MPP Subzon 1

Terima kasih atas jemputan perasmian mesyuarat sulong Majlis Perwakilan Penduduk MPP Wangsa Maju Subzon 1 yang diketuai oleh Sdr Hashim Jaafar, seorang kawan yang baik saya. Subzon 1 merangkumi kawasan Flat Taman Melati dan Rumah Pangsa Gombak DBKL

Saya menekankan bahawa MPP merupakan sebuah unit neutral (tanpa mengira latar belakang parti atau persatuan) mewakili DBKL dalam masalah prasarana masyarakat di bawah kawasan subzon.

Dengan ini, saya mewakili MPP Wangsa Maju ingin mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada pasukan beliau.

Selamat menjalankan tugas kepada semua.