Mesyuarat Agung Tahunan Cabang Wangsa Maju 2020 – KEADILAN Sebagai Parti Berbilang Kaum Yang Paling Berjaya Di Malaysia

KEADILAN Wangsa Maju mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC) 2020 pada 18 April 2021 mengusulkan supaya memperkukuhkan KEADILAN untuk menghadapi cabaran pilihanraya yang dijangka akan berlaku tidak lama lagi.

Menurut Ketua Cabang Andre Lai, usul yang dibangkitkan oleh para ahli dalam MATC adalah senada dengan kehendak kebanyakkan cabang diseluruh negara.
“Terdapat 11 usul telah dibentangkan, namun yang paling utama dilontarkan adalah menobat Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri dan menggunakan logo KEADILAN untuk kempen PRU seterusnya”

Menurut Andre lagi, institutional reform atau reformasi institusi dapat dilaksanakan dalam 22 bulan pemerintahan Pakatan Harapan, namun hala tuju negara berubah selepas pergolakan politik sejak Mac 2020. “Langkah Sheraton mungkin mengubahkan landskap politik negara, namun tidak akan menggugat kredibiliti KEADILAN sebagai parti berbilang kaum yang paling berjaya di Malaysia.” katanya melalui kenyataan dalam media sosial.

Mengulas kebarangkalian adanya PRU15 pada tahun ini, Andre juga berkata ,“Kami komited untuk memenangkan Datin Paduka Dr Tan Yee Kew sekali lagi sebagai Ahli Parlimen Wangsa Maju dan semangat yang sama harus memenangkan KEADILAN sebagai kerajaan persekutuan”

Datin Paduka Dr Tan Yee Kew, Ahli Parlimen Wangsa Maju juga mengambil kesempatan mesyuarat agung untuk memberi sumbangan buah kurma santapan Ramadhan kepada ketua-ketua JDM ranting yang hadir.

MATC Wangsa Maju 2020 bertempat di Pejabat Ahli Parlimen Wangsa Maju dan dihadiri oleh ahli-ahli berbilang kaum. Upacara perasmian disempurnakan oleh tetamu jemputan YB Nurul Izzah dan diiringi oleh Pengerusi KEADILAN Wilayah Persekutuan, Sdr Zahir Hassan dan rombongan ahli-ahli MPN Wilayah Persekutuan.