Mesyuarat Agung Tahunan Taman Danau Kota 23B

Semalam 18 November 2023, saya menenuhi jemputan ke mesyuarat agung Taman Danau Kota 23B. Di bawah pimpinan pengerusi Cikgu Hj Ghazali, ini antara persatuan penduduk yang paling professional saya kenali.

Saya diberi ruang untuk berucap dan mendedikasi aluan ucapan kepada mendiang How yang baru meninggal dunia tahun ini. Beliau seorang kenalan lama, juga merupakan antara pengasas yang telah banyak mencurah usaha dalam memantapkan persatuan ini. Semoga beliau kini berada di tempat lebih mendekati Yang Maha Esa.

Selain daripada How, satu lagi yang berubah adalah di AGM ini adalah status saya tahun ini, dimana saya menghadiri mesyuarat ini atas kapasiti Ahli Lembaga Penasihat Bandaraya Kuala Lumpur. Pernah Sdr Nizam berkomunikasi dengan saya berkenaan dengan isu yang dihadapi mereka dimana saya masih boleh menolong.

Selagi mendapat jemputan, saya akan terus menyantuni masyarakat Taman Danau Kota.

Oh ya, Hj Guli berundur diri daripada menjadi Bendahari. Berundur dari jawatan tidak apa, tetapi jangan tinggalkan kabin Persatuan Penduduk. 🙂