Mesyuarat Ahli Lembaga Penasihat Bandaraya Kuala Lumpur terakhir 2023

Kami mengadakan mesyuarat Ahli Lembaga Penasihat Bandaraya Kuala Lumpur buat kali ke 3 dan yang terakhir untuk 2023. Mesyuarat dimulakan dengan penyampaian kek harijadi Datuk Diraja Ghani yang ke 79. Mesyuarat berakhir dengan ucapan perpisahan kepada Datin Rashidah yang akan bersara bulan hadapan.

Kami berbincang panjang lebar berkenaan dengan banyak isu berbangkit dan yang paling sensasi adalah laporan kewangan DBKL bagi 2022.

Saya mendapat cenderahati DBKL berbentuk kalendar dan diari yang dipahat nama saya, sebagai satu peringatan bahawa 2023 bakal berakhir. Maka saya menyampaikan kalendar dinding kepada beliau Datuk Bandar juga.

Kami mungkin akan berjumpa dalam masa terdekat itu. Sementara itu, selamat Hari Natal kepada yang menyambutnya dan salam 2024 buat semua warga kota!