Mesyuarat Ahli Lembaga Penasihat Bandaraya Kuala Lumpur

Kami mengadakan mesyuarat Ahli Lembaga Penasihat Bandaraya Kuala Lumpur pagi tadi. Ini adalah mesyuarat yang paling aktif selama ini.

Banyak yang kami telah bentangkan pagi tadi. Untuk saya, saya menitik berat jalinan antara DBKL dan rakan-rakan media kerana saya percaya DBKL wajar mendapat liputan berita yang positif atas kerja-kerja yang baik.

ALP yang lain turut melontarkan pelbagai idea untuk meningkatkan mutu khidmat DBKL. Hari ini merupakan satu hari yang produktif buat kita semua. Kami juga mengalu-alukan ALP baru, Datuk Indera Noridah yang juga Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan.

Disamping itu, kami melawat bilik Ahli Lembaga Penasihat yang terletak di tingkat 29. Ini juga akan menjadi pejabat dan tempat kami berkongsi pendapat.

Ada banyak yang telah kamk usulkan dan berharap Datuk Bandar, Datuk Seri Kamarulzaman dapat terus berkhidmat untuk tahun-tahun yang akan datang.

Leave a Reply