Mesyuarat bersama Balai Polis Setapak & Wangsa Maju untuk isu keselamatan pada cuti panjang

Menjelang cuti panjang, menjadi kebiasaan kami berhubung dengan Balai Polis Wangsa Maju dan Balai Polis Setapak untuk perondaan awam di kawasan perumahaan.

Kawasan kampung serta perumahaan seperti Desa Setapak dan Taman Setapak sering menjadi mangsa pecah rumah semasa cuti perayaan.

Beberapa hari ini, ramai orang awam berpusu ke balai polis untuk memohon rentas negeri semasa cuti Hari Raya.

Arahan MKN amat jelas – tiada balik kampung tahun ini.