Mesyuarat bersama DNB dan penduduk di Taman Changkat Desa

Kami mengadakan mesyuarat bersama Persatuan Penduduk Changkat Desa & Taman Melewar Fasa 2 dengan pihak DNB, berkenaan aduan lokasi pemasangan tiang lampu pemancar jaringan 5G.

Pihak persatuan telah melancarkan petisyen agar tiang pemancar untuk dialihkan ke lokasi lebih sesuai. Dalam lawatan tapak, kami mengenalpasti satu lagi lokasi alternatif yang berjarak daripada kawasan perumahan. Penduduk setempat agak khuathir kadar radiasi yang mungkin mendatangkan masalah kesihatan.

Menurut pegawai operasi DNB En. Mannan, pemasangan jaringan 5G yang dipasang kini telah mencapai 70% daripada keseluruhan di Wilayah Persekutuan. Dalam mengejar jalur jaringan Internet yang lebih pantas, kami turut berharap sebarang pelaksanaan polisi mendapat persetujuan daripada penduduk.

Dari pihak JKME DBKL, mereka akan memastikan persetujuan tapak baru akan diserahkan untuk mendapat kelulusan mematuhi garispanduan struktur telekomunikasi DBKL.