Mesyuarat dan makan malam Tahun Baru Cina KEADILAN Wangsa Maju

KEADILAN Wangsa Maju mengadakan mesyuarat sulung untuk 2024 di meja makan malam. Hari ini kita bersantap makanan Cina Muslim. Sekelip mata, minggu hadapan sudah Tahun Baru Cina.

Hari ini kami mengalu-alukan kemasukan AJK baru Sdr Sam Chew ke dalam keluarga besar kami. Seorang rakan seperjuangan sejak 2018. Dari reformasi ke Malaysia Madani.

Saya telah melalui zaman kegemilangan dam kegelapan. Langkah Sheraton dan kerajaan tebuk atap telah menjadi sejarah. Yang pastinya tiada lagi pengkhianat di keluarga KEADILAN Wangsa Maju hari ini.

Kami mengambil kesempatan ini untuk bersama untuk mengucapkan 新年快乐,万事如意 kepada semua.