Mesyuarat di Hospital Rehabilitasi Cheras

Mempengerusikan mesyuarat Ahli Lembaga Pelawat Hospital Rehabitasi Cheras hari ini. Meskipun dalam notis yang singkat, ramai yang hadir menunjukkan komitmen masing-masing.

Saya percaya, sekiranya boleh, Hospital Rehabitasi Cheras mengadakan lebih banyak program penerangan kesihatan, sebagai KPI untuk memperomosikan jenama hospital. Selain daripada itu, kami juga akan meneruskan program jalinan kasih yang telah dijalankan secara tradisi.

Dr Faizul, Pengarah Hospital juga berkongsi pendapat dan visinya kepada kamk. Saya berharap, kami barisan ALP 2023-2026 dapat menyumbangan idea baru untuk perkembangsn hospital.

Kami akan berjumpa lagi pada 11 Disember nanti untuk membuat lawatan fizikal kepada klinik dalaman dan pesakit wad.

Terima kasih kepada semua yang hadir.