Mesyuarat KEADILAN Wangsa Maju (2022-2025) ke-1

Kami menjalankan mesyuarat Cabang yang pertama untuk sesi 2022-2025 di laman Pejabat Ketua Kampung Banda Dalam, diikuti dengan satu majlis penghargaan khusus kepada jentera pemilihan KEADILAN Wangsa Maju.

Tempoh sebulan berkempen semasa pemilihan amat bermakna kerana ia memupuk semangat persahabatan mendalam. Kami merupakan pasukan #YakiniRakyat, satu pasukan yang meyakinkan rakyat.

Saya berharap semangat ini dapat dibawa untuk memenangkan KEADILAN dalam PRU15 akan datang.

Saya memilih Kampung Banda Dalam untuk. majlis hari ini, atas sebab sentimen kerana kawasan ini yang paling awal kami dibenarkan untuk membuat ceramah kelompok calon KEADILAN Datin Paduka Dr Tan Yee Kew di rumah Hj Ishak Surin pada PRU14.

Sekali lagi, tahniah kepada semua yang dilantik dan terima kasih kepada mereka yang berjasa. Jumpa di Kongres bulan depan dan selamat berkhidmat.