Mesyuarat KEADILAN Wangsa Maju pertama pasca PRU-15

Mesyuarat cabang KEADILAN Wangsa Maju terakhir untuk 2022 pada 5 Disember di pejabat yang baru. Memandangkan KEADILAN adalah sebahagian daripada kerajaan, tumpuan cabang Wangsa Maju akan lebih ke arah pemantapan keahlian parti dan kerjasama dengan Ahli Parlimen Wangsa Maju, YB Zahir Hassan.

Untuk PRK Padang Serai pula, Setiausaha Pengelola Maanoj Santhrasegran mengetuai cabang Wangsa Maju dalam aktiviti ‘phonebanking’ di 4 daerah mengundi, dengan fokus utama di Merbau Pulas. Aktiviti ini telah bermula semejak seminggu yang lepas

Sekali lagi, terima kasih kepada semua ahli-ahli cabang yang banyak berusaha di kempen PRU yang lepas.

Teruskan agenda reformasi pada 2023!