Mesyuarat penyelarasan DBKL dan SWCorp

Pada Isnin baru-baru ini, saya menyertai mesyuarat bersama JKAS DBKL dan Jawatankuasa Bandar Bersih dan Selamat. Mesyuarat kali ini menjemput YB Hee Loy Sian, Pengerusi SWCorp dan Pn Ummi, Pengarah SWCorp untuk satu sesi perbincangan agar pendapat DBKL dapat diterima oleh pengurusan tertinggi SWCorp & KPKT.

2 bulan yang lepas, kami menulis kepada beliau berkenaan dengan masalah yang dihadapi oleh DBKL dalam perlaksanaan Akta 672 semenjak 2011. Melalui perbincangan dengan beliau sebelum ini, saya telah berkongsi dengan beliau berkenaan dengan beberapa perkara berbangkit, terutamanya kaedah kutipan sisa pepejal. Memandangkan DBKL unik daripada PBT yang lain, kerana di Kuala Lumpur mempunyai jumlah bangunan berhak milik strata yang padat dan tinggi. Bagi pendapat saya, kadar kutipan sisa, sepatutnya berdasarkan jumlah tong sampah yang ada, dan bukannya mengikut premis. Disamping itu, kami juga berbincang isu sampah haram dan penguatkuasaan yang lebih kerap.

Pn Pengerusi juga membangkitkan isu pengasingan sisa pepejal di restoran makanan segera. Meskipun Akta 672 dipatuhi, pengasingan sampah hanya dibuat di punca dan sering kita melihat sampah domestik dan kitar semula sama-sama dimasukkan ke tapak perlupusan sampah.

Banyak lagi yang perlu kami lakukan bersama. Agensi kerajaan di peringkat persekutuan, wajar mempertingkatkan libat urus dengan pihak berkuasa tempatan. Syabas diucapkan kepada mereka yang berusaha. Kehadiran YB Hee, Pengerusi SWCorp, amat membantu dalam merealisasikan impian Kuala Lumpur yang lebih mampan dan bersih.

Leave a Reply