Mesyuarat pertama Ahli Lembaga Pelawat Hospital Rehabilitasi Cheras

Hospital Rehabilitasi Cheras mengadakan mesyuarat Ahli Lembaga Pelawat buat kali pertamanya untuk tahun ini.

Dulu dikenali sebagai Lady’s Templer Hospital, yang dibina pada tahun 1950an.

Selain daripada saya, ramai juga kenalan turut mendapat lantikan Ahli Lembaga Pelawat Hospital. Saya berbesar hati menerima undian majoriti untuk menjadi Pengerusi Ahli Lembaga Pelawat Hospital Rehabilitasi Cheras.

Seramai 20 ALP telah dilantik.Tahniah saya ucapkan kepada sahabat KEADILAN Wilayah Persekutuan Prince Jon dan Dr Raj yang dilantik menjadi Timbalan Pengerusi. Sdr Suzairi, Saiful, Lydia, Jack turut juga dilantik dalam jawatankuasa.

Terima kasih pihak pengurusan, Dr Faizul Pengarah serta Dr Tan dan Pn Noor sebagao Timbalan Pengarah.

Selamat berkhidmat saya ucapan kepada semua. Berharap kehadiran kami boleh menambahbaik imej Hospital Rehabilitasi Cheras.