Musihah ribut melanda penduduk Taman Melati

Kembali ke kawasan musibah bersama Ahli Parlimen Wangsa Maju Datin Paduka Dr Tan Yee Kew untuk meninjau masalah bumbung yang rosak akibat ribut di Blok A, Taman Melati. Anggaran terdapat 40 rumah terjejas secara langsung dan tidak langsung

Setelah Yayasan Wilayah Persekutuan, Skuad MAIWP juga tampil ke hadapan untuk memberi bantuan barangan kecemasan kepada mangsa, melalui Ustaz Ishak yang sering menolong kami.

Saya amat bersimpati dan boleh memahami beban tekanan kedua-dua pengerusi perbadanan; Azhar dan Abu. Semua penduduk berasa cemas, mengharapkan jalan penyelesaian serta-merta.

Dalam keadaan bencana sebegini, kita harus mengumpulkan segala sumber yang ada untuk menolong. Ia bukan masa sesuai untuk meraih perhatian atau menuding jari.

Banyak kerja dan penjelasan harus ada. Kami berharap dapat mendapatkan penyelesaian untuk bumbung yang rosak ini. Semoga ia dapat dimeteraikan secepat mungkin.