Naiktaraf jalan dari Jalan Rasak ke Masjid Zaid bin Haritsah

Jalan Cengal Selatan mendapat lapisan tar baru dari lengkok Jalan Rasak ke hadapan Masjid Zaid bin Haritsah.

Sebelum ini, sebahagian daripada jalan ditutup akibat kerja-kerja utiliti yang terhenti sejak pelaksanaan PKP 3.0

Selain daripada jalan ini, banyak jalan di dalam Taman Setapak telah mendapat penaiktarafan melalui permohonan daripada pejabat kami.