Naiktaraf Jalan & Siarkaki di Taman Setapak

Sebahagian Jalan Cengal-Jalan Langkawi telah diturap. Projek ini selaras dengan rancangan naiktaraf jalan dan siarkaki oleh DBKL.

Saya menyusul isu ini kepada DBKL seawal bulan Mac 2022. DBKL sekarang dalam proses ‘road marking’ dan dijangka akan siap dalam masa terdekat.

Terima kasih atas kerjasama JKAWS DBKL pada penggal lepas. Kami bersama jabatan-jabatan telah banyak berusaha membuat naiktaraf infrastruktur asas di Parlimen Wangsa Maju selama 4 tahun ini.

Sebenarnya, mutu kerja DBKL telah melalui penambahbaikkan semenjak 2018. Para pengarah dan pegawai kini amat peka dengan aduan setempat, terutamanya di Parlimen Wangsa Maju.

Semoga kami dapat meneruskan kerjasama kelak.