Naiktaraf paip komunikasi di Kampung Padang Balang

Saya berada di Masjid Saidina Ali bersama AirSelangor untuk membincangkan projek penukaran paip komunikasi di dalam Kampung Padang Balang, terutamanya di Lot 1690 dan 1691.

Projek ini, pernah kami tinjau bersama pada 2022 dan cadangan untuk menukar paip disebabkan oleh paip lama yang kecil serta usang, tidak lagi cukup untuk menampungi penggunaan air yang semakin meningkat.

Ada juga persoalan daripada penduduk, berkenaan dengan tempoh penukaran yang mengambil masa maksimum 7 bulan. Saya berpengalaman berurusan dengan penduduk, di mana tuan punya tanah yang tidak menetap di kawasan mungkin menyoal pemasangan paip baru yang melalui depan rumah mereka.

Penduduk juga mempertikaikan samada paip komunikasi baru yang lebih besar, mampu menyelesaikan isu tekanan air rendah.

Saya berpendapat sama dengan Hj Rosden, Ketua Kampung Padang Balang. Ia adalah satu projek naiktaraf dan tidak wajar untuk menolak mana-mana usaha yang berfaedah kepada komuniti.

One thought on “Naiktaraf paip komunikasi di Kampung Padang Balang

  1. Keto Queen Recipes June 28, 2024 at 1:04 pm

    great post – thanks !!

    Download 50 Amazing Keto Recipes –> https://ketodietrecipes.co.uk/

Leave a Reply