Naiktaraf ‘road divider’ di Jalan 1/23E

Pembahagi jalan di Jalan 1/23E tengah dinaiktarafkan. Antara yang di ‘naikkan’ adalah kerb jalan yang ditinggikan ke 6 inci, supaya kenderaan tidak diletak sewenang-wenangnya.

Tidak lama dahulu sebelum Uptown dipindah ke Bazaria, para pengunjung sering meletakkan kereta di tengah tengah pembahagi jalan, dan merosakkan strukturnya.

Projek ini telah bermula 3 bulan yang lalu dan kini dalam fasa terakhir. Diharapkan ia boleh mencantikkan Taman Setapak Indah.

(Gambar di ambil di hadapan Surau Al-Amin, Taman Setapak Indah)