Naiktaraf Tapak Badminton Blok C, Flat Taman Melati

Bersama Sdr Lokman, Pengerusi Persatuan Penduduk Kawasan 4B Taman Melati tengah hari tadi untuk membincangkan kerja-kerja naiktaraf kawasan rekreasi di dalam kawasan pengurusannya.

Antara yang diputuskan adalah pembaikpulihan gelanggang badminton dan pembinaan taman permainan di kawasan lapangnya.

Kami akan menerokai kaedah untuk perlaksanaan projek ini dan berharap akan direalisasikan dalam masa beberapa bulan ini.