Never ending illegal rubbish dump side at Jalan Langkawi

Isu sampah tepi jalan di simpang Jalan Langkawi-Kg Kuantan (sebelah Toto) kerap berulang. Walaupun Alam Flora mempunyai jadual pungutan, tetapi pada cuti panjang jumlah sampah selalu ya bertambah dalam tempoh ini.

Saya perasan, ramai yang membuang sampah disini merupakan penghuni setempat. Saya boleh memahami lori sampah tidak selalunya tidak dapat masuk ke dalam kawasan kampung kerana lorong yang sempit, namun sampah tidak seharusnya dibuang di tepi jalan sebegini.

Untuk kali ini, dengan budi bicara Alam Flora telah membuat pembersihan.

Kami berhubung dengan pihak Alam Flora dan SW Corp agar satu solusi jangka masa panjang dapat dibuat, termasuk pemasangan notis larangan buangan sampah.