“Old Wine in a New Bottle”

Jarang saya memberi komentar yang berkenaan dalam politik parti lain.

BERSATU sememangnya bukan jelmaan UMNO yang baru. Tetapi jikalau hijrah pemimpin regum terdahulu diteruskan, pasti akan timbulnya rasa tidak senang hati dalam keluarga besar Pakatan Harapan. Tidak kedengaran mereka dari parti lain bersuara – mungkin sebab ingin muafakat dalam kabinet atau takut hilang kuasa terus.

Parti politik tidak sepatutnya menjadi batu loncatan untuk pemimpin untuk kepentingan sendiri, apatah lagi dengan mereka yang meninggalkan parti kerana tidak ingin disabit kesalahan dari regim sebelum ini.

Apa yang berlaku bukan politik baru. Ia hanya ‘old wine in a new bottle’. Rakyat tengah memerhati. Rakyat kini lantang bersuara menidakkan regim terdahulu daripada kembali berkuasa.

Minta maaf. Saya tidak boleh terima kemasukan mereka dalam HARAPAN.
https://m.malaysiakini.com/news/456187