Operasi Cuci Rumah Banjir di Teluk Gong

Anggota KEADILAN dari seluruh negara, termasuk dari Wangsa Maju Ketua AMK Harcharan Singh dan Pengarah Komunikasi, Vijey menyertai operasi mencuci rumah mangsa banjir di Teluk Gong. Sukarelewan daripada Bazaria Wangsa Maju di bawah Sdr Hairie juga turut serta dalam aktiviti ini.

Saat-saat sebegini, ramai terasa untuk menyertai misi kemanusiaan. Tidak kira pegang mop atau bawa sampan, setiap orang menyumbang dengan cara sendiri tanpa mengira pangkat.

Jangan rasa terpinggir. Kita jaga kita. Syabas anak muda Wangsa Maju.