Orientasi sesi persekolahan baru

Sesi persekolahan baru akan bermula Isnin hadapan. Maka kebanyakan sekolah sedang mengadakan hari orientasi untuk pelajar baru dalam Tingkatan 1 dan peralihan pada hari ini.

Tahun ini agak istimewa. Bulan Ramadhan bermula semasuk saja sesi persekolahan baru. Bertambah pula dengan cuaca panas melampau, ia adalah satu cabaran bagi pelajar-pelajar yang baru masuk sekolah menengah.

Namun, Ketua Pengarah Pendidikan Tn Azman Adnan baru-baru ini telah mengumumkan tiada sesi akademik pada minggu pertama sekolah, agar semua pihak dapat menyesuaikan diri dalam suasana pembelajaran.

Sekali lagi, selamat kembali ke sekolah!

(Gambar pada sesi orientasi SMK Danau Kota)

Leave a Reply