Padang bola sepak yang sempurna di Wangsa Budi

Membuat lawatan tapak bersama pihak JPLR DBKL di Wangsa Budi, berkenaan dengan projek naik taraf padang bola dan infrastruktur taman rekreasi.

Wakil penduduk Azrul dan Ketua Ranting KEADILAN Wangsa Melawati Sdr Shaun, sejak tahun lepas telah memohon agar padang bola sepak ini dapat diperbesarkan supaya boleh memenuhi permintaan latihan bola sepak.

Walaupun ada kawasan yang luas, namun tetdapat taman permainan dan gelanggang badminton di tengah-tengah padang menjadikan ia tidak dapat dimanfaatkan untuk permainan bola sepak yang sempurna.

Sekiranya boleh dialihkan ke penghujung taman, maka ia akan menjadi satu padang yang amat besar untuk dijadikan tapak latihan.

Semoga permohonan penduduk dapat dipermudahkan.