Pagi di Kampung Haji Idris

Pagi Jumaat bersarapan dengan warga kampung di Warung Serai Wangi. Sumbangan diedar kepada penduduk, bersama Tn Kamal, Ketua Pemuda KIMMA Wilayah Persekutuan dan Kak Yati, Pengerusi KRT Setapak A.

Kami bersantai dan berbincang dengan beberapa isu setempat. Jalan di kampung sepatutnya dibuat turapan tahun ini, tetapi saya akan mengingatkan pihak DBKL aekali lagi. Pada yang sama penduduk menghadapi masalah rumah sampah dan sistem saliran yang bermasalah di sekitar Jalan Kempas. Tn Kamal juga membawa isu aktiviti penjualan dadah di sekitar Jalan Malawali Taman Setapak.

Saya akan buat penyelarasan dengan DBKL dan Polis agar jalan penyelesaian dapat dimasukkan secepat mungkin.

Pada masa yang sama, saya sempat mengedar kalendar 2024 kepada para pelanggan di sana. Serta merta, bos Serai Wangi telah pun menggantung kalendar di kaunter.

Terima kasih kepada sahabat Khairul Bahri Ishak dan Sdr Meor dari DBKL Cawangan Wangsa Maju kerana turut bersama dalam program.