Pameran Kerjaya WANGSA MAJU JOB FAIR 2020 berlangsung dengan berjaya

Pameran Kerjaya WANGSA MAJU JOB FAIR 2020 berlangsung dengan berjaya. Program ini merupakan anjuran Ahli Parlimen Wangsa Maju, Datin Paduka Dr Tan Yee Kew dengan objektif untuk membolehkan warga kota mencari kerja pasca PKP.

Pameran ini merupakan anjuran bersama pihak JobsMalaysia, Perkeso, AKPK, DBKL dan M3 Shopping Mall.

Kami telah mendapat lebih daripada 1,000 permohonan di talian maya dan 600 telah menghadiri sesi temuduga. Ayamas, Jaya Grocer, Adnexio, APAR Technologies adalah antara syarikat-syarikat yang hadir pada hari tersebut.

Anggaran beberapa ribu peluang pekerjaaan yang ada di sekitar Lembah Kelang untuk diisikan dengan kadar segera. Ada yang ditemuduga mendapat tawaran kerja serta merta.

Program ini dikendalikan oleh Pejabat Ahli Parlimen Wangsa Maju, melalui Sri Tharan, Naib Ketua KEADILAN Cabang Wangsa Maju.
Terima kasih kepada Sdr Kennedy daripada JobsMalaysia atas usaha beliau dan juga YB Nik Nazmi Ahli Parlimen Setiawangsa sebagai tetamu jemputan.

Saya difahami, akan ada beberapa lagi pameran kerja bakal dianjurkan oleh ahli-ahli Parlimen dari KEADILAN. Semoga usaha kami dapat merancakkan pengisian pekerjaan oleH warga tempatan.